Behind The ‘Behind The Scene’

Apa benda Behind The Scene - Iskandar Safri ni? Movie baru ke? Sadly, its not. Haha. Hanya sebab aku dah tak tahu nak letak nama apa yg sesuai utk blog baru aku ni, so, tanpa pikir panjang, aku terus  je letak nama tu. Haha. Sebelum aku jelas lebih lanjut, biar aku perkenal diri dulu. Dari nama blog ni, korang mesti dah tahu nama aku kan. Nama aku Iskandar and Safri is my father’s name. Hahah. Sebelum tu aku nak mohon maaf lah kalau ada cikgu bm atau cikgu bi yg baca blog aku ni, diorang mesti triggered baca ayat rojak yg aku pakai dalam blog ni. Hahah. Aku nak bagitahu yg aku sebenarnya seorang yg jujur dan aku nak sampaikan story aku secara jujur dan ikhlas. Semua yg terbuku kat dalam hati aku, aku ceritakan disini. Aku harap ada yg sudi baca story aku lah. Haha. Btw aku masih belajar utk menulis blog yg buat org tertarik utk terus baca sampai habis. Jujur aku cakap, bm aku dulu pun bukan A, malu giler. Sekarang ni dah tua2 plak acah2 nak berbahasa puitis bagai. Haha. So, kenapa aku pilih Behind The Scene - Iskandar Safri sebagai nama blog aku ni adalah aku nak tunjukkan dan aku ceritakan disebalik hidup aku ini, ada cerita yg sesetengah orang mahu dengar, mahu tahu pasal aku, ada sesetengah yg tak sesuai diceritakan pada mereka sbb mereka tak mahu dengar, tak mahu tahu pun pasal diri aku, dan ada juga perkara yg kalau diceritakan agak membosankan dan cringe didengar. Dan disinilah tempatnya yg sesuai, aku rasa, utk aku luahkan segalanya kerana jika ada yg rasa sudi dengar cerita, mahu tahu pasal perjalanan hidup aku, mereka akan datang sendiri dan belek2 blog ni. Itu yg aku mahu gambarkan maksud Behind The Scene - Iskandar Safri. Harap korang paham apa yg aku cuba sampaikan. Hahah. That’s all.



P/s : Mcm aku cakap tadi, aku masih belajar utk tulis blog yg menarik, kalau ada ayat yg tunggang langgang aku mohon maaf la ye. I’m still learning, give me a chance lahHahah. Peace. 

Comments

Popular Posts