Bila aku cuba jadi mamat Korea

Selepas balik dari Korea hari tu, aku tiba2 rasa macam nak jaga kulit muka betul2. Lagi2 lepas dah borong semua mask muka kat sana dan tengok pulak muka mamat2 dan minah2 Korea cun melecun, handsome2 semuanya, tiba2 rasa humble pulak jalan2 kat Korea hari tu. Haha. Aku mengaku, aku ni jenis malas sikit kalau bab cuci muka. Bukan sikit, malas banyak. Haha. Kalau cuci muka tu ala kadar je. Utk pengetahuan korang, kulit aku ni jenis kulit yg ‘sangat’ sensitif dan kering. Kulit aku selalu mengelupas, merah2, kat muka, kat tangan, semua lah. Nampak tak macam mana aku describe situasi kulit aku tu, teruk kan. Haha. Aku sebenarnya malu nak tunjuk, kadang2 terpaksa tutup muka, sebab kering dan merah2 sangat muka aku. Malu kalau ada orang tegur. Confident level aku jadi rendah masa tu. Aku dah cuba mcm2 cara, letak vaseline, letak minyak zaitun, tapi still sama jugak. Aku rasa maybe sebab keturunan kot. Sebab bapak aku dulu seksa penyakit psoriasis kalau korang nak tahu. Cuba korg google kalau nak tahu apa benda penyakit tu. Sbb aku baru je google nama dia sbb aku lupa. Haha. Btw, Alhamdulillah bapak aku dah 99% sembuh dari penyakit tu. Salah satu sbb jadinya penyakit tu juga adalah pemakanan. Selepas bapak aku ambik satu produk ni, Alhamdulillah, nampak perubahannya. Basically produk tu bukan la ubat telan ke, ubat sapu ke apa, tapi produk tu ialah serbuk organik. Ia sesuai utk diminum atau dibuat sapu dipermukaan kulit dengan campurkan air mengikut kegunaan. Organik tu sebenarnya campuran dari sayur2an yg diproses menjadi serbuk organik. Bukan sebab bapak aku kurang makan sayur, cuma badan dia perlukan lebih vitamin dari sayur tersebut. Itulah sebabnya. Hmm, berbalik semula pada story aku tadi, aku sebenarnya dah lama nak jaga kulit muka ni. Alang2 dah dapat gaji, bayar semua hutang, simpanan macam ada lebih skit, aku pon google la ‘cara penjagaan kulit muka menggunakan produk di Watson’ sbb dah banyak kali terbaca pasal ni kat Facebook. Cuma kewangan masa tu tak cukup je, banyak benda nak kena buat. Alhamdulillah, I think, this is the right time for me to take care my lovely skin. Hahah. Btw dari apa yg aku baca, banyak yg suggest macam2 produk dan buat aku membuak2 perasaan aku nak cuba semuanya. Aku pulak jenis semua benda nak beli, habis rm200++ jugak aku shopping kat Watson. Hopefully berhasil la setelah sekian lama aku menyimpan hajat aku ni. Haha. Aku seronok sbb aku dapat belajar benda baru, benda yg aku tak pernah ambik tahu pon. Skrg aku tahu sikit2 pasal pencuci muka yg sesuai, apa itu toner, apa itu mosturizer, macam mana nak cuci muka dgn betul dan lain2 lagi. Aku still belajar, tapi aku happy sebab aku dah capai satu tahap yg mana keperluan menjaga kulit muka itu penting. Aku harap aku terus consistent dengan apa yg aku mulakan. Kalau tak membazir semua duit aku. Haha. Kalau korang ada kulit sensitif macam aku ni, korang akan paham situasi aku hadapi skrg ni. Huhu. InsyaAllah aku akan share produk yg aku pakai bila nampak hasilnya nnt. Wish me luck, okay? Haha. Aku rasa cukup kot utk kali ni, apa terbuku dalam hati aku, utk story kat korang. Tunggu next story aku pulak, hopefully ada lah. Hahah. See you when I see you. Peace.

Comments

Popular Posts