10KM - Antara Semangat, Kemeriahan dan Kekuatan

Tahun ni aku join lagi Larian Sultan Nazrin Shah 2018. Kali ni dah masuk tahun ke-3 dah aku join larian ni. Tahun ni berbeza mcm tahun2 lepas. Dulu masih ada rasa semangat, excited dan seronok bila dapat join larian. Bila masuk tahun ke-3 ni, semangatnya makin pudar. Aku rasa maybe sebab dah lama tak exercise mcm dulu2. Dulu hujung minggu selalu jugak naik Bukit Kledang, jogging tiap2 malam kat Padang Ipoh dan jogging petang2 kat Padang Polo. Bila dah lama tinggal aktiviti2 mcm tu, semangat nak lari 10km dah tak mcm dulu. Salah satu sebabnya jugak adalah dulu ramai kawan2 aku. Semua aktiviti mesti diorang join. Bila masa dah berubah, ramai kawan2 aku dah takde, dah dapat kerja yg lebih bagus, tinggal lah beberapa org kawan2 aku yg masih kerja dengan aku. Aku okay je nak buat aktiviti mcm ni lagi dengan kawan2 aku kat office, cuma tak meriah lah mcm dulu. Lain rasanya. Aku harap ni bukan kali terakhir aku join aktiviti larian ni dan aku harap aku bersemangat utk habiskan 10km larian.

Aku tahu, berlari 10km tak mcm berlari 15km atau 21km, tapi dengan tubuh badan mcm aku ni, aku kena kuatkan mental dan fizikal. Masa ni lah nak uji kekuatan mental dan fizikal aku sampai ke garisan penamat. InsyaAllah aku kuat dari segi mental, tapi aku tak yakin dari segi fizikal. Haha. Hopefully everything is okay. Yg penting, aku harap takde apa2 kecerderaan yg berlaku. InsyaAllah.

Kalau ada yg bertanya, kenapa aku masih nak join jugak larian kali ni, yg aku boleh jawab ialah aku akan rasa rugi kalau tak join, sbb apa? Sbb larian ni berbeza dengan larian2 yg lain. Apa yg bezanya? Bezanya ialah suasananya. Larian Sultan Nazrin Shah ni, kalau org Perak tak join mmg rugi sbb bayarannya cuma RM20, murah pulak tu dari larian yg lain yg kebanyakannya harganya RM60 keatas. Kalau penaja tahun ni banyak, mcm2 goodies korang boleh dpt. Selain tu, sepanjang larian tu, korang dihiburkan dgn mcm2 persembahan contohnya, persembahan gendang, silat, pancaragam sekolah dan mcm2 lagi. Yg menariknya tahun ni, aku dengar ada persembahan dari unit Pasukan Khas Laut (PASKAL). Best kan? Haha. Kalau aku sempat sampai tempat persembahan PASKAL tu, boleh lah aku tengok. Haha. Basically, larian ni lebih kepada jalan2 sekitar Kuala Kangsar, sambil melihat suasana dan kemeriahan kat sana. Itu sebab utama aku tak nak miss larian kali ni.

2016

2017



Comments

Popular Posts